03 November 2009

Dugaaan di penghujung


mcm yang korang tau, aku sibuk buat final projek DAV.wat short drama. tak tau?klik sini .macam2 dugaan dah bila dah sampai kat penghujung ni. itu dan ini. macam-macam. yup, memang kami semangat skit buat benda-benda macam ni. so, bila dah submit, terkejut aku bila sir update di facebook, "comeback" takleh nak present. aku jadi tak keruan. call sana sini, call crew production. sedih weh..sedih. bila dapat tau takleh present, aku jadi sedih, aku teringat mcm mana bertungkus lumusnya crew production kami ke sana kemari. print tshirt sendiri sampai lewat malam, print poster besar2, dah beratus habis.buat itu dan ini. yup, semuanya bersama.

apa sebab takleh present? salah skit jek.ada masalah dengan slade dan ratio video aku. aku buat widescreen. so, aku nekad! kami nak jugak dalam list presentation! aku buat keputusan semalam, nak buat editing dari awal. yup, dari mula. dari 0% hingga ke 100%. satu malam kornea mata aku tak tutup siapkan editing. aku tau, walaupun aku buat jugak.peluang nak present agak tipis. tapi, dalam hati aku, at least sir nampak kesungguhan kitaorang ni nak present. kami tak buat kerja main-main.

dari pukul 12tgh malam hinggalah ke 1 tengah hari. akhirnya siap apa yang aku dah buat. syukur! gegas gegas ke kolej! terus ke bilik sir. tunjuk CD. dia pun cakap..

"ok, boleh present"

serius, rasa nak menangis weh! tak sia-sia aku buat semua tu.syukur alhamdulillah.. bila dapat tau boleh present.kitaorang senyum macam kambing. =)

p/s : semangat baru nih! wonderfriends production, nak print tshirt baru nih! datang umah aku naaa...

5 comments:

t.K.a said...

TAHNIAH...
muge yg terbaek akan bersama kalian...

NaD_antlya said...

Omar,tahniah sbb dapat gak bereskan tugasan ni...Can't wait to watch this short drama..
Tell u wut..dugaan camni hanya tuk orang terpilih jer;)

trust me...once u can handle this...esk2..come wut may..semua nye kita leh handle..:D

Akak pernah buat documentary, vclip..masalah yg dtg betimpa2..time nak render abis semua ilang ar..ape la...macam2...Tskkk...tp tu lah mengajar kite utk bersabar...ape2 pun congrats pada semua crew :)

p/s sorry saje je nyibuk kongsi kegembiraan ;)

Omaw Rozduan said...

t.k.a : thanks lot bro!

kak diela : thanks kak diela! lap u laaahh!!

suffian.othman said...

alhmdllh..akhirnya berkat kesungguhan tu mebuahkan hasil.. aq tonton jua sok.

Omaw Rozduan said...

thanks lot!
jempot datang yek ;)