21 December 2008

Ipoh - Bota - Ipoh

"omaw!!omaw!!bangun omaw!bangun!,Ko kata nak balik Bota!!" macam nak roboh katil aku bila YB kejutkan aku dari tidor.sebenarnya dari semalam lagi aku dah pesan kat YB utk kejutkan aku awal coz aku nak balik bota. aku ingatkan YB kejutkan aku pukul 7pg,tgk2 pukul 10 baru di gerakkan aku,dia pun terlajak sama.hahaha pagi2 bila aku bukak mata,aku tgk pian turut serta kejutkan aku,aku tgk dia ada atas katil Fendi,mmg padat bilik aku malam tadi sebab kami tidur ramai-ramai.bilik sebelah kena quarantine.miahahaha!!.

dalam pukul 10:30pg,selepas mandi..aku terus bergegas ke BOTA,sebelum bertolak,aku ingat nak singgah kedai dobi, tapi macam haram,kedai dobi tu tutop plak..terpaksa lah aku hantar balik kain baju tu gi balik umah.adoi..dah hantar baju balik,singgah stesen minyak,isi RM5 terus gerak!dalam kul 11:15 aku sampai bota,aku terus gi umah pakcik aku sebab opah ada kat KL.ada kat rumah aku kot sekarang.hmmm..selepas makan tengah hari aku gi umah makcik aku yang baru balik dari Haji,ni lah tujuan aku balik..utk menjenguk makcikku yang baru balik Haji..aku panggil
makcik ku ni "makwe".."makwe" ni kakak ipar mak aku,suaminya meninggal dunia ketika aku berumur 7tahun. tapi,walaupun "ayahwe" ku dah meninggal..hubungan kami tetap rapat macam biasa..terutama sekali aku dengan anak-anak "makwe"..memang rapat.umah diaorang pun aku wat macam rumah sendiri jek..

bila aku sampai,aku tanyakan pengalaman "makwe" ketika menunaikan Haji dan pengalaman ketika berada di MEKAH.. ,aku dijamukan dengan lemang..Kak Ilah(sepupu) kata dia yang masak lemang tu..tapi,sumpah aku tak percaya..Kak Ima pesan,"dengar boleh,percaya jangan.." wahahahaha.kak ilah ngan kak ima,bila aku sampai..memang suka bergurau.haha.
kak ilah bagi aku minum sedikit air ZAM-ZAM.katanya,"nak bagi bijak skit kepala hotak budak ni"hahahhaha.menggong tol. dah puas bersembang,aku pun mahu beransur pulang,sebelum pulang,aku rasa terharu bila "makwe" hadiahkan aku buah tangan dari mekah iaitu "kopiah",terima kasih makwe,adik beradik aku yg lain "makwe" beri gelang..utk mak pulak gambar MASJIDIL HARAM..dan utk ayah,tasbih tulang unta..selepas bersalaman,aku meminta izin utk pulang ke rumah Uda tadi..

sampai jek rumah Uda,aku mintak izin utk pulang ke ipoh,kebetulan,ABG EPOY(sepupu) pun nak balik ipoh sama, lebih elok kami gerak sekali.mana la tau..kot-lot tayar pancit ke..aku dah naik segan bila EPOY naik motornya dengan jaket,kasut,seluar jeans,dan helmet lawa..sedangkan aku hanya ber tshirt,seluar pendek,selipar, dan helmet separuh yang tidak bervisor..aku rasa diri aku macam rider kat indonesia plak.hahaha ;D aku mmg suka style rider dari indonesia.sempoi!!HAHA.dalam 1 jam perjalanan,aku terus gi rumah bujang yang EPOY tinggal di Kelebang sebab saja nak gi jumpa pakcik aku yang ada kat situ.masuk jek dalam umah,aku kagum gila ngn rumah diorang,walaupun tinggal bujang,tapi umahnya bersih dan kemas mengalahkan anak dara,aku rasa umah anak dara pun tak bersih macam ni!serius!
siap dengan dekorasi bunga yang stylo!hehe.aku tidur sekejap kat situ,bila bangun,dijamu dengan pisang goreng sebelum aku balik ke hostel dalam pukul 6petang.

dalam perjalanan pulang,malang menimpa bila hujan gila kebabeng,baju hujan semua takde..aku redah jek hujan lebat tu. dah la dengan helmet takde visornya,tuhan jek tahu betapa peritnya muka aku kena air hujan.sakit ditambah pulak dengan sejukk...sejukkk..bergetar-getar kepala otak belah kanan aku.dalam pukul 6:30 aku sampai hostel dalam keadaan basah dan kuyup..bergetar-getar kaki aku naik tangga apartment tu.huhuhuh.sampai jek umah aku terus baring keletihan sambil
mendengar irama lagu dari butterfingers.......



cenderahati yang "makwe" beri... dari Mekah