27 November 2008

Kelab Wayang Gambar

Harini aku bangun awal,dalam pukul 8pagi aku dah bangun.haha.tu pun sebab nak kejar makcik yang jual nasi lemak kat bawah tu.slalu bangun kul 12,memang tak dapek ler.hehehe

Lepas makan nasi lemak,aku tgk drama kat astro RIA tajuknya “Kelab Wayang Gambar”..citer ni aku rasa bukan citer baru..tapi,first time aku tgk citer macam ni,ceritanya sangat menarik..serius cakap,sebab aku jarang puji cerita melayu ni.haha. ceritanya mengisahkan tentang; kelab wayang gambar atau lebih dikenali dengan kelab gangster kat sekolah telah dibubarkan sebab ahli mereka menyalahgunakan kemudahan dengan menggunakan kemudahan utk tayangan gambar utk menonton cerita berbentuk pornografi.ahli-ahli Kelab Wayang Gambar juga dikenali sebagai murid yang tidak berdisiplin.lantas,kehadiran seorang guru yang bernama Cikgu Berahim,lakonan Zulhuzaimy mengubah segalanya..dia dipertanggungjawabkan mengendalikan kelab wayang gambar,Cikgu Berahim yakin yang Kelab Wayang Gambar dapat mengubah disiplin para pelajar,namun sedikit konflik timbul apabila cikgu disiplin, Cikgu Dollah berkeras dengan tindakkannya mengatakan dengan hukuman “sebat” saja dapat mendisiplinkan para pelajar.

Setiap minggu,tayangan gambar dipertonton kepada para pelajar..ternyata,cara ini berkesan,para pelajar terutama sekali ahli Kelab Wayang Gambar.mereka menunjukkan sikap positif,tidak lagi merokok di asrama,lari asrama,dan lain-lain lagi masalah disiplin.Akhirnya,Cikgu Dollah kagum dengan cara Cikgu Berahim.namun,diakhir cerita ini,satu babak yang mungkin dapat mengalirkan air mata penonton adalah ketika kematian ahli Kelab Wayang Gambar,Din,lakonan Sam..meninggal dunia..tapi,sebelum cikgu brahim tahu mengenai kematian Din,roh Din sempat datang ke rumah Cikgu Berahim dan bercerita mengenai masalahnya.hmm.menarik bukan?

Tu jek sedikit sinopsis yang aku dapat bagi,hmm..aku rasa korang semua patut tonton cerita ni..terutama sekali pelajar-pelajar sekolah ni.eleh, jangan risau bila,Astro kan asyik ulang siaran..betoi tak??haha


watak utama,sebagai Cikgu Berahim


5 comments:

NadaFio said...

gler arh... haha...
best sangat ker...
hurm... ti aku gi usha k...

Omaw Rozduan said...

ogeyh lalink!

bleeding_fiz said...

heeem... ckg dollah.... M16... hahaha... cute kan gmbr yg lukis kat dinding skul tu...
sebijik cam muke ko omaw...

oh! saley said...

wahaha.
canggih tol mksud dier d sebalik nme kelab wayang gambar tu!
ble ni bai?

Omaw Rozduan said...

pija,
tau takpe.
hahaha


leh,
aku tak tau bila ada lagi citer ni