15 January 2011

film review : Khurafat

keluarga aku ada peminat filem tegar. tiap bulan ada je movie nak tengok. semalam ayah ajak tengok filem khurafat. filem arahan syamsul yusof, pemenang anugerah pengarah filem terbaik FFM23. sebenarnya aku tak into sangat filem-filem ber-genre seram ni.

design poster: kurang menarik dan tak menarik langsung. cuba korang tgk design2 poster filem seram dari thai. walauwehh. superb. aku rasa design poster filem "hantu kak limah balik kampung" lagi best weh dari filem khurafat ni.



ulasan filem :  bagi aku, filem ni cukup menarik. dan cukup seram buat aku. jalan cerita menarik dan sukar diduga oleh penonton. yela, sebelum ending mesti penonton semua nak target, "haa.mesti dia ni jahat, tu jahat"haha. cuma, aku rasa syamsul yusof dah boleh berhenti jadi pelakon utama filem-filem arahan dia sendiri. acting dia bagi aku kaku dan kadang kala menganggu mood penonton. cukuplah sekadar duduk di kerusi director dan hasilkan filem-filem malaysia yang berkualiti. jika tidak, masakan dia jadi pengarah filem terbaik kan? apa pun, congrats buat syamsul yusof.

utk filem ni, aku salute dengan anna, lakonan sabrina ali. scene dia kena mandi mayat, solat jenazah,kena kapan. uishh. sanggup ke dia tgk balik filem ni? kalau aku. "tak". cuma dari segi lontaran diaolog dalam filem ni pulak, rasanya macam tak jauh beza dengan cerita skop production yang lain.mungkin aku silap. tapi tu lah, bila dengar cara mereka berdialog. aku mcm, "oke, ni cerita skop production" signature diaorang kot.

so far, time aku tgk ni ramai jugak penonton dalam panggung, ada jugak yang sanggup dongak kepala duduk depan sekali. dan yang paling best aku nampak ada jugak yang kluar sebelum cerita habis. mungkin sebab seram sangat kot. secara keseluruhan, aku bagi 4/5. 4 bintang menyinar utk jalan cerita yang best dan aksi seram yang menjadi. 1 bintang tercicir untuk lakonan syamsul yusof yang suam-suam kuku.

selamat menonton!

4 comments:

red said...

Saya merupakan peminat cerita seram, horror dan cite potong2 org yg TEGAR...

Poster design citer ni memang mcm hampeh...Tapi saya buat kali pertama respek sama anak yusof haslam ni, sebab cerita dia menarik... Kebanyakan cerita seram melayu kebanyakannya efek jer lebih, tak tau spot nak bagi org terkejut, dengan kata lain, tak seram dan terkejut pon??? Tapi cerite khurafat ni mmg terbaek!!!

Bagi saya, lakonan syamsol boleh ditingkat kan lagi... tapi dah banyak improvement compare to cerite KL drift tu kan??? huhuhu

Lastly, hidup cerite seram!!!

Omaw Rozduan said...

yup.betul tu sir.
diaorang abaikan dekat "first attraction" utk orang tontong filem ni. perkataan khurafat ditulis dalam bentuk arabic.motif?? poster mmg bagi 0 markah.haha

bagi saya, filem ni indah khabar dari rupa. sebab apa? sebab filem ni lebih baik dari posternya. hehe.

yeah! hidup filem seram!
ayuh bangkit industri perfileman malaysia!

Rezal Ishak said...

mcm best

imm eusoff said...

cerita khurafat memang best, tk dapat dijangka scene selepasnya. yg itu mmg aku puji.

tp aku perhatikan org malaysia mmg suka buat filem dengki-mendengki. yg itu mungkin boleh diubah.