11 December 2008

Perjalanan dari KL ke Perak

Assalamualaikum Sayang-Sayangku..,

SEPERTI DIJANJIKAN AKHIRNYA AKU DAH BLEH UPDATE TENTANG PERJALANAN AKU MENUNGGANG MOTOSIKAL DARI KUALA LUMPUR KE PERAK.. SILA BACEK

akhirnya aku sampai kat kampong.miahahhaha kampong aku di Bota Kanan,Perak..entry ni wujud menandakan yang aku selamat sampai..hehe kalau tak selamat,takdelah terwujudnya entry yang seterusnya ni. =)

Ini kali pertama aku tunggang motor sejauh ni,yang lebih menggerunkan..motor aku tu kalau elok takpe.hahaha enjin pun bergegar..risau jek aku kot-kot sampai jek, enjin dia roboh! hahaha. aku bertolak 10pg dan sampai 1:30 ptg. mula-mula aku pikir nak pos jek motor ni gi ipoh utk kegunaan aku dikolej nanti..tapi kena RM200.gilak mahal. macam-macam aku bleh buat dengan RM200 tu brapa keping CD aku bleh dapat dengan RM200..hahaha so,aku wat keputusan bawak motor tu sindrik.senang cite.tak yah nak rugi duit.

Memang menggerunkan bila bwak motor ni..lagi-lagi time lori atau bas lalu sebelah kita..masyallah! tuhan jek tau.. bila lori atau bas lalu sebelah..aku mengucap jek!..dah la ikot highway..huhuh. macam-macam mende aku terbayang. tapi,alhamdulillah..segalanya selamat. tapi yang paling truk..seluruh badan lengoh nak mampos!! bontot plak naik kematu.hahahaha. tu baru sejauh 20km aku bawak..ada lagi brapa ratus KiloMeter yang perlu aku tempuh.. walaupun motor aku enjinnya bagai nak roboh,aku tetap bawak motor tu pada kelajuan maksima.mwahahahaha ;D motor aku walaupun begitu..setakat 120km/j..hahaha.takdak hal lar! terasa jeles plak tgk orang yang naik kereta laju-laju belaka..haha.tapi nak wat macam ne..takdir kita macam ni kan.. tapi takpe,allah akan bagi rezeki kat aku suatu hari nanti..insyallah ;)

Tepat pukul 1:30ptg..akhirnya aku selamat sampai.. alhamdulliah..tade kejadian yang tak diingini berlaku.. cuma,aku hampir terlanggar seekor landak kat atas jalan raya tu..hahaha.ntah landak mana terlepas ntah. sampai jek umah opah aku terus baring dan tidor..badan-badan masyallah! letih gilak. aku terus tidur sambil dibuai mimpi indah... ;')


INI LEBUHRAYA PLUS YANG AKU LALU

1 comment:

Anonymous said...

OI....Sempat lagi ko ambik gmbar kat tgh2 jalan highway...huhu...