06 August 2009

Makcik, Masakan Kau sangat pedas.

Mood : Cirit Birit
Drink: Orange Juice
Currently Listen to : Zee Avi - Let Me In


ok,waktu aku tulis ni aku ada kat rumah along di tanjung malim, dari kampung,aku ikut along balik tanjung malim memandangkan along tinggal kat tanjung malim dan bekerja kat UPSI,sama jugak dengan suaminya.tempat diaorang kerja, UPSI pun kena kuarantin seminggu.esok pagi baru aku balik rumah, naik bas. tumpang tido sini semalam.ok jugak, sejak along kahwin aku tak pernah tidor lagi rumahnya.

malam tadi makan kat kedai makan, serius weh! aku tak pernah gi kedai makan yang masakannya sepedas tu. nasib baik orang belanja, kalau tak mungkin aku yang suap balik brader tu makan nasi goreng yang dia masak. along pulak langsong tak sentuh makanan yang dia pesan. bila dah balik rumah, paham2 jelah kan, cirit birit mula melanda sistem penyahtinjaan aku.haha. teringat lagi ayat lain selain "berak" , time tu blajar sains darjah enam.

**********************************
updated, 11:16malam waktu malaysia

ok, sekarang dah sampai KL, dari tg malim aku naik bas, tambang rm7. along support.thanks along! letih juga dalam bus,ngantok jek aku. nasib bas tu takde orang. sampai Puduraya, hujan lebat gila.adoi! ye, memang lebat giler. memang berjam jugak aku tunggu bas metrobas yang tulih 50 dan yang lama gila aku tak naik. 2 tahun ada kot.hehe. tambang celaka gila dah naik, RM2.50, time aku skolah dulu RM2 je kot.hehe.

p/s: nak murah jek tau



Rumah Along di Tanjong Malim


Dalam Bas ke Kolumpo


Dalam Bas nombor 50 dari CM ke Selayang



Hujan

2 comments:

soya said...

wow, BAS METRO 50!!
gile kenangan dohh! slyg-BB (1jam perjalanan!!)

Dino[m*] said...

sumpah ak nak try nasi goreng yang pedas tuhh.....