26 June 2009

apa perasaan korang bila dihadapkan ke mahkamah?

Assalamualaikum,
hai, ini aku ada cerita sikit nak kongsi,
korang pernah tak dihadapkan ke mahkamah?
maksud aku bukan apabila korang lalu tepi mahkamah dan bapak kau ambik kepala kau dan hadapkan kat belah mahkamah.haha.bukan,bukan! maksud aku saat apabila pihak pendakwa raya membaca tuduhan ke
atas diri kau. mcm dalam drama tu,kesalahan merompak,merogol!haa. pernah tak?

aku nak cerita skit pengalaman aku dihadapkan ke mahkamah,
masa tu aku tingkatan lima doh! muda lagi.janggut pun tak matang lagi,
tapi aku dah buat salah dan menyebabkan pengalaman, padahal aku yang excident,
mmg salah aku, aku u-turn kat tempat takleh U-turn,haha peduli apa! aku kan rempitss..hahaha

berbalik soal mahkamah,kau tau! time aku pergi mahkamah tu, aku gi sorang2 doh! tanpa mak ayah aku datang teman. haaa.nasib baik member aku,faiz ada datang temankan..time tu aku gi pakai baju skolah! rilek jek! bukan nak riak apa bila aku buat salah, tapi aku bangga jugak ngn diri aku doh bila aku boleh gi mahkamah sorang2.haha. makcik2 dan pakcik2 kat sana semua tengok aku pelik!. budak gemok,pakai baju skolah,,datang plak mahkamah!! apa bikin??


setel semua, aku mintak dibicarakan..
time aku masuk dalam dewan mahkamah,kena tunduk doh,takleh main masuk jek,nnti bleh disabitkan tak respek mahkamah. orang2 yang duduk kat kerusi tu ada la dalam 40 0rang,ada diantara diaorang yang teman kawan,member,teman anak, dan yang lain pesalah-pesalah kecil. aku duduk jek mcm orang bodoh. suara yang dengar dalam dewan tu suara pendakwa raya ngn hakim.yang lain diam mcm patung lilin. bila saat pihak pendakwa raya panggil nama aku,

dia cakap

"OMAR BASRI BIN ROZDUAN!!",

orang dalam dewan tu mcm WOW!! budak skolah beb!!budak sekolah!! haha.

"diatas kesalahan juvana,EN OMAR BASRI BIN ROZDUAN telah melakukan kesalahan membuat pusing U dipersimpangan bla..bla.. bertarikh bla..bla..bla.. dan telah menyebabkan kemalangan.."

"adakah anda mengaku dengan kesalah anda?"

aku dengan rasa rendah dirinya..

"ye,saya mengaku kesalahan saya"


dia jawap,

"ada apa2 lagi awak nak tambah?"

aku cakap balik,

"saya mintak hukuman atau denda saya dikurangkan"

pastu dia diam...
lepas beberapa minit,hakim bukak mulut..

"awak tak sekolah ke harini??"

"sekolah,tapi saya mintak cuti"

pastu,dia bagi jawapan,

"dengan ini,EN OMAR BASRI BIN ROZDUAN, dikenakan denda RM100 jika tidak bayar penjara 4hari,"

lalu diketoknya tukulnya!
PAMM!!!

aku pun mcm.."WOWW!! mcm dalam TV sial!"

lalu,ada sorang polis iring aku keluar dewan mahkamah!.. keluar mahkamah aku bayar denda tu dan aku balik umah,aku rasa tu pengalaman aku paling best doh! bye!! sampai sekarang aku berterima kasih kat faiz sebab teman aku gi mahkamah,dia tolong pegangkan beg aku..hehe

6 comments:

Lea Quzandrea said...

"awak tak sekolah ke harini??"

"sekolah,tapi saya mintak cuti"


haha..
krn Yang Arif lar saya ponteng nie.

salute dow ko pakai baju skola masuk mahkamah.

bagusss~

Razak AbdJabar said...

haha..lawak arr citer ko nieh...huhuhuhu

omawrozduan said...

heheh

yoks said...

awak ni kelakarlah

omawrozduan said...

yokai..yokai..

Azkhieme said...

aku pun pernah masuk mahkamah msa F5..
hehe.. mmg macam dlm tV pn..
tambah2 masa aku tu ada kes apa tah.. orang tu sampai kena gari2 lagi.. polis tu ada pegang parang yang berbalot plastik lagi.. pastu dok lawan2 cakap.. india dok ckp india,, x nampak ka kat dpn tu ada tulis.! ``menggunakan bahasa Malaysia sahaja`` tpi,, mmg gempak siot mahkamah ni..!! aku dah start teruja dgan mahkamah ni plak..
hahaahha...